Sunday, August 22, 2010

Tudung Saji automatik



Hai,Untuk post kali ini,Tajuk nya agak extreme dimana ia gabungan melayu dan California (tudung saji=melayu;automatik;ala2 california) ;)
Untuk post PROJEK ELEKTRONIK kali ini,Tudung saji automatik adalah satu tudung saji yang unique kerana terdapat controller box yang dapat kita gunakan untuk set berapa temperature di dalam tudung saji yang kita nak.
Contohnya,bila nak berbuka puasa,kita pun belila karipap 6 bijik.So,kita makan 3,balance lagi 3.Lagi 3 biji tu,kita nak simpan buat sahur.So kita pun letaklah yang 3 biji tu dalam tudung saji automatik dan kita setkan suhu 50 darjah celcius.Bila kita bangun je sahur pukul 5,kita boleh terus buka tudung saji,telan karipap dan tidur semula tanpa perlu membuka mata dan memanaskan karipap.
Pada controller tersebut terdapat setting button dan LCD yang membolehkan kan kita set berapa suhu yang kita rasa sesuai.
Kelebihan tudung saji nie berbanding microwave oven adalah (1)Lebih menjimatkan eletrik (2)Lebih mudah digunakan

Robot Serbaguna




Hai,Untuk post PROJEK ELEKTRONIK kali ini,saya ada upload gambar dan video.Robot serbaguna ini bermakna anda boleh letak apa2 saja diatasnya
RAMAI YANG BERTANYA TENTANG PROPOSAL ROBOT INI.email sahaja pada saya.jangan takut.
Antara aplikasi yang boleh dibuat adalah ROBOT PENCUCI LANTAI,ROBOT MESIN RUMPUT,ROBOT ANGKAT PINGGAN dan bermacam2 robot lagi
Tapi untuk pengetahuan anda,robot ini tidak boelh diletak nama ROBOT TERAWIKH kerana robot ini tidak dapat membesakan 8 rakaat atau solat witir....JANGAN SIA SIAKAN RAMADHAN ANDA.RAMADHAN TAHUN HADAPAN KITA TAK TAHU ADA LAGI ATAU TAK......

PH meter untuk smart aquarium




Hi,Untuk uploading activity bagi PROJEK ELEKTRONIK dan PROJEK ELEKTRIK pada hari ini, saya upload projek yang dapat mengenalpasti air berasid atau beralkali.
Projek ini melibatkan LITAR BEKALAN KUASA,LITAR MICROCONTROLLER,LCD,PIC16F877A dan LITAR RELAY.
Projek ini dapat digabungkan dengan PROJEK SMART AQUARIUM.Apabila air berasid atau berakali,maka pump akan dihidupkan dan merawat air sehingga neutral.
Jika dilihat pada video,apabila dicelup ke dalam bekas beralkali,maka LED merah akan menyala.Jika dicelup di dalam bekas berasid,LED hijau pula menyala.

Saturday, August 21, 2010

Projek Robot Penghantar Makanan







Hai,pada post PROJEK ELEKTRONIK,PROJEK ELEKTRIK kali ini,saya ada menyiapkan satu projek bertajuk ROBOT PENGHANTAR MAKANAN.Projek ini juga boleh digunakan untuk PROJEK DIPLOMA ELEKTRONIK.
Projek ini menggabungkan Software dan Hardware dimana software yang digunakan adalah VISUAL BASIC dan Hardwarenya pula adalah PIC microcontroller.
Sekarang saya menerangkan bagaimana projek ini beroperasi.Contohnya Pak Ahmad ada restoran.Restoran Pak Ahmad ada 7 meja.
Contohnya meja 1 order karipap,Meja 2 order roti john,Meja 3 order donut.Tukang masak pun masaklah ketiga2 menu nie.Jadi dalam banyak2 menu nie,roti John siap dulu.So stepnya seperti berikut
(a)Letak Roti john pada robot penghantar makanan
(b)Pergi pada software dan click "hantar pada meja 2"
Jadi,robot ini akan pergi ke meja 2 secara automatik dan menghantar Roti John.Bila sampai je meja 2,Robot ini akan berhenti sendiri.

So, itulah dia sedikit sebanyak penerangan tentang Roti John.... ;)

Monday, August 16, 2010

PROJEK ELEKTRONIK :PROPOSAL PROJEK ELEKTRONIK



Berikut saya upload picture PROPOSAL PROJEK ELEKTRONIK.Letih juga nak buat satu2 proposal.Kalau setakat copy & paste senang.memang tak berpeluh....Semua proposal nie telah dicreate setelah projek dibuat..agak pelik.haha.selalunya proposal baru projek...Inginkan proposal?sms saya....


Jika ingin melihat senarai proposal mengikut susunan
KLIK di sini

Sunday, August 15, 2010

PROJEK ELEKTRONIK: Modified CD-ROM






Untuk ruangan Tutorial PROJEK ELEKTRONIK kali ini,saya ada menunjukkan bagaimana untuk modfied CD-ROM menjadi sebahagian daripada PROJEK ELEKTRONIK atau PROJEK ELEKTRIK atau PROJEK MEKANIKAL anda.

Dengan adanya benda nie,macam2 anda boleh buat seperti PROJEK TONG SAMPAH,PROJEK SLIDING DOOR, PROJEK TINGKAP ELEKTRINIK dan sebagainya.

Anda Juga boleh letak di topi anda.Bila panas je,lidah topi terkeluar.Bila sejuk,lidah topi tu masuk,so dia nampak macam kopiah.hehe ;).saya main2 je.jangan buat betul2 pulak.malu kat tok imam.
SELAMAT MENCUBA!!

Wednesday, August 11, 2010

Guna HANDSET untuk PROJEK ELEKTRONIK send SMS (HANDSET 3310)




Langkah 1:Solder 2 wayar pada button enter(select) dan butang scroll down
Langkah 2:Jangan Buang Keypad yang lain.Hanya gunakan button select dan scroll down sahaja.
Langkah3:Screw balik cover asal.

STEPnya adalah seperti berikut menu-down-menu-down-down-menu-menu-menu-down-down-down-menu-menu-menu-menu-menu-menu.

Oleh itu,step ini perlu dilakukan oleh microcontroller.

Selamat Mencuba!!