Sunday, October 3, 2010

Projek Elektronik : Auto Microfon





Hai, untuk post Projek elektronik pada minggu ini,saya ingin bergkongsi tentang project auto microfon.Apakah dia?
Projek ini tidak bermaksud menjadikan suara yang tidak sedap kepada sedap atau menukarkan suara tukang karut kumpulan dikir barat kepada suara Dave Grohl.

Pernah kah anda mengalami bunyi "ziiiiiiiiing" yang amat kuat di dalam kotak karaoke jamban?Ini kerana ada micro signal feedback bunyi yang keluar dari speaker akan masuk balik ke dalam microfon.Begitulah punca bunyi berdesing berlaku.

Jadi,dengan adanya projek ini,microfon akan sentiasa dalam keadaan off.Microfon akan ON secara automatik apabila ada pengguna ingin bercakap sahaja.Sensor infrared yang akan mengesan sama ada terdapat pengguna atau tidak.

Jadi,itulah post projek elektronik untuk kali ini.Berjumpa lagi...Jgn lupa training untuk Ujibakat AF musim terbaru :)

Monday, August 30, 2010

PROJEK ELEKTRONIK :Ultrasonic reverse sensor

Salam, Untuk post PROJEK ELEKTRONIK pada kali ini,saya upload satu video yang agak panjang dimana Ultrasonic digunakan untuk memberi jarak diantara belakang kereta dan halangan.
PROJEK ELEKTRONIK ini adalah basic fundamental dimana projek ini boleh di applikasikan pada projek projek yang lain seperti ROBOT MENCARI BARANG,ALAT MENYUKAT KETINGGIAN SESUATU BAHAN
Unit yang digunakan adalah unit cm..

Monday, August 23, 2010

PROJEK ELEKTRONIK:RFID universal switch






Hai,Untuk post PROJEK ELEKTRONIK kali ini,saya ada upload video dan picture untuk PROJEK RFID UNIVERSAL SWITCH.
Bagaimana projek ini berfungsi?Contohnya apabila Ibu bapa yang bekerja siang dan malam dan tidak mempunyai masa untuk anak2,Ibu bapa boleh menetapkan syarat bahawa PS3 hanya boleh dipasang semasa ibubapa ada di rumah.Jadi,Apabila ibubapa ada di rumah,Ibubapa akan menyentuh kad RFID dan barulah PS3 boleh dipasang.
Selain daripada itu, alat ini juga boleh dipasang pada alat2 lain seperti kipas,lampu,aircond dan sebagainya.
Projek ini menggunakan PIC16F877A dan litar microcontroller digunakan.Selain daripada itu,Litar Bekalan Kuasa juga di gunakan
Selamat mencuba.........

Sunday, August 22, 2010

Tudung Saji automatik



Hai,Untuk post kali ini,Tajuk nya agak extreme dimana ia gabungan melayu dan California (tudung saji=melayu;automatik;ala2 california) ;)
Untuk post PROJEK ELEKTRONIK kali ini,Tudung saji automatik adalah satu tudung saji yang unique kerana terdapat controller box yang dapat kita gunakan untuk set berapa temperature di dalam tudung saji yang kita nak.
Contohnya,bila nak berbuka puasa,kita pun belila karipap 6 bijik.So,kita makan 3,balance lagi 3.Lagi 3 biji tu,kita nak simpan buat sahur.So kita pun letaklah yang 3 biji tu dalam tudung saji automatik dan kita setkan suhu 50 darjah celcius.Bila kita bangun je sahur pukul 5,kita boleh terus buka tudung saji,telan karipap dan tidur semula tanpa perlu membuka mata dan memanaskan karipap.
Pada controller tersebut terdapat setting button dan LCD yang membolehkan kan kita set berapa suhu yang kita rasa sesuai.
Kelebihan tudung saji nie berbanding microwave oven adalah (1)Lebih menjimatkan eletrik (2)Lebih mudah digunakan

Robot Serbaguna




Hai,Untuk post PROJEK ELEKTRONIK kali ini,saya ada upload gambar dan video.Robot serbaguna ini bermakna anda boleh letak apa2 saja diatasnya
RAMAI YANG BERTANYA TENTANG PROPOSAL ROBOT INI.email sahaja pada saya.jangan takut.
Antara aplikasi yang boleh dibuat adalah ROBOT PENCUCI LANTAI,ROBOT MESIN RUMPUT,ROBOT ANGKAT PINGGAN dan bermacam2 robot lagi
Tapi untuk pengetahuan anda,robot ini tidak boelh diletak nama ROBOT TERAWIKH kerana robot ini tidak dapat membesakan 8 rakaat atau solat witir....JANGAN SIA SIAKAN RAMADHAN ANDA.RAMADHAN TAHUN HADAPAN KITA TAK TAHU ADA LAGI ATAU TAK......

PH meter untuk smart aquarium




Hi,Untuk uploading activity bagi PROJEK ELEKTRONIK dan PROJEK ELEKTRIK pada hari ini, saya upload projek yang dapat mengenalpasti air berasid atau beralkali.
Projek ini melibatkan LITAR BEKALAN KUASA,LITAR MICROCONTROLLER,LCD,PIC16F877A dan LITAR RELAY.
Projek ini dapat digabungkan dengan PROJEK SMART AQUARIUM.Apabila air berasid atau berakali,maka pump akan dihidupkan dan merawat air sehingga neutral.
Jika dilihat pada video,apabila dicelup ke dalam bekas beralkali,maka LED merah akan menyala.Jika dicelup di dalam bekas berasid,LED hijau pula menyala.

Saturday, August 21, 2010

Projek Robot Penghantar Makanan







Hai,pada post PROJEK ELEKTRONIK,PROJEK ELEKTRIK kali ini,saya ada menyiapkan satu projek bertajuk ROBOT PENGHANTAR MAKANAN.Projek ini juga boleh digunakan untuk PROJEK DIPLOMA ELEKTRONIK.
Projek ini menggabungkan Software dan Hardware dimana software yang digunakan adalah VISUAL BASIC dan Hardwarenya pula adalah PIC microcontroller.
Sekarang saya menerangkan bagaimana projek ini beroperasi.Contohnya Pak Ahmad ada restoran.Restoran Pak Ahmad ada 7 meja.
Contohnya meja 1 order karipap,Meja 2 order roti john,Meja 3 order donut.Tukang masak pun masaklah ketiga2 menu nie.Jadi dalam banyak2 menu nie,roti John siap dulu.So stepnya seperti berikut
(a)Letak Roti john pada robot penghantar makanan
(b)Pergi pada software dan click "hantar pada meja 2"
Jadi,robot ini akan pergi ke meja 2 secara automatik dan menghantar Roti John.Bila sampai je meja 2,Robot ini akan berhenti sendiri.

So, itulah dia sedikit sebanyak penerangan tentang Roti John.... ;)