Monday, November 15, 2010

PROJEK ELEKTRONIK: Kereta Kawalan Suhu




Hai,Untuk post PROJEK ELEKTRONIK pada kali ini,saya ada membuat sebuah percubaan dimana kereta ini dapat mengurangkan sikap panas baran segelintir pemandu di negara kita.PROJEK ELEKTRONIK ini menggunakan sebuah kipas kecil yang dapat menyedut haba panas keluar dari kereta semasa kereta berada di dalam mode parking.

Contoh Situasi:
Encik Ali hendak membeli belah di sebuah pasaraya(NAMA PASARAYA DIRAHSIAKAN).Apabila encik Ali berlegar-legar mencari parking,tiada parking berbumbung yang kosong.Maka En Ali terpaksa memarking kereta di bawah cahaya matahari yang panas terik.
Dengan keadaan cermin kereta Encik Ali yang tidak "tinted" kerana dikopek oleh pihak berkuasa di suatu sekatan jalanraya,sudah tentu suhu di dalam kereta En Ali sangat panas
Dengan adanya sistem Kereta Kawalan Suhu menggunakan solar panel ini,maka suhu kereta akan sentiasa berada di dalam kawalan en Ali.
Contohnya En Ali setting suhu 25 darjah selsius,maka apabila mencecah suhu tersebut,maka kipas khas akan berpusing dan menghembuskan udara yang panas keluar.
Ini akan melindungi suhu dan kulit family En Ali dari menjadi berpeluh dan hitam kehitaman.
PROJEK ELEKTRONIK ini menggunakan solar panel untuk mengecas bateri yang menghidupkan
kipas.
PROJEK ELEKTRONIK ini amat sesuai untuk TAJUK PROJEK ELEKTRONIK DIPLOMA

Monday, November 8, 2010

PROJEK ELEKTRONIK: keypad control ON-OFF motor






Hai,pada post PROJEK ELEKTRONIK pada kali ini,saya akan menunjukkan satu projek dimana keypad akan menggantikan kunci.
Dengan menekan kombinasi nombor yang betul,relay akan dihidupan dan menghidupkan apa-apa load yang kita inginkan seperti motor dan sebagainya.

Thursday, November 4, 2010

PROJEK ELEKTRONIK: Mesin Menyukat Buah






Hai,untuk post PROJEK ELEKTRONIK kali ini,pernahkah anda terbayang penjaja di tepi jalan yang menjual buah menggunakan mesin pemotong buah untuk meningkatkatkan produktiviti?
Haaaa,mesin pemotong buah ini adalah satu projek yang amat sesuai untuk dijadikan PROJEK MEKANIKAL bagi pelajar2 yang ingin mengambil subjek PROJEK TAHUN AKHIR pada semester hadapan.
Cara menggunakannya;
(1)Pakai topi tikar koboi dan baju lengan panjang kotak2
(2)Masukkan buah yang telah dipotong ke dalam mesin
(3)Tunggu pelanggan datang
(4)Dengar dengan teliti pesanan pelanggan.Contohnya "apek,kasi saya buah nyambu 2 linggit"
(5)Tekan button 2 ringgit. Buah akan jatuh sebanyak 2 ringgit

Believe it or not?Just in timberlake!!

Sunday, October 31, 2010

RFID application (car starter)

Hai,untuk post PROJEK ELEKTRONIK pada kali ini,saya ada membuat projek bertajuk car starter menggunakan RFID card.Untuk projek ini,kita gunakan sebuah model kereta bagi menggantikan kereta sebenar.
Cara Kerjanya.apabila kita menyentuh RFID card,kereta akan dapat dihidupkan.Bahan2 yang digunakan adlah RFID reader,Microcontroller 16F877a dan litar relay.
PROJEK ELEKTRONIK ini dapat memberikan pendedahan kepada anda tentang bagaimana untuk menghantar data dari RFID reader kepada microcontroller.
Selain daripada kereta,kita dapat memasang pada pelbagai2 aplikasi lagi.Semua terdapat di dalam blog saya ini.Selamat Menonton.




Tuesday, October 26, 2010

Circuit Simulation



Hallloooo,untuk POST PROJEK ELEKTRONIK pada kali ini,saya ingin menunjukkan sedikit contoh bagaimana kita simulate litar menggunakan software PROTEUS.
Dalam contoh saya ini,saya cuba untuk simulate litar PIC yang disambung dengan LCD.

Selamat Menonton....

PROJEK ELEKTRONIK: Seven Segment Counter using 2 button


Hai,Untuk post PROJEK ELEKTRONIK pada kali ini,saya ada buat sedikit experiment tentang membuat increasing counter using seven segment display.PROJEK ELEKTRONIK INI membabitkan LITAR PIC16F877A.
Kegunaan sistem ini;
(1)sistem perbankan
(2)Parking counter
(3)Semut keluar masuk bekas gula :)

Selamat menonton :)


Sunday, October 24, 2010

Video PROJEK ELEKTRONIK: TONG SAMPAH AUTOMATIK V2.1


Ini adalah paparan video PROJEK ELEKTRONIK:Tong Sampah elektronik V2.1