Monday, November 15, 2010

PROJEK ELEKTRONIK: Kereta Kawalan Suhu




Hai,Untuk post PROJEK ELEKTRONIK pada kali ini,saya ada membuat sebuah percubaan dimana kereta ini dapat mengurangkan sikap panas baran segelintir pemandu di negara kita.PROJEK ELEKTRONIK ini menggunakan sebuah kipas kecil yang dapat menyedut haba panas keluar dari kereta semasa kereta berada di dalam mode parking.

Contoh Situasi:
Encik Ali hendak membeli belah di sebuah pasaraya(NAMA PASARAYA DIRAHSIAKAN).Apabila encik Ali berlegar-legar mencari parking,tiada parking berbumbung yang kosong.Maka En Ali terpaksa memarking kereta di bawah cahaya matahari yang panas terik.
Dengan keadaan cermin kereta Encik Ali yang tidak "tinted" kerana dikopek oleh pihak berkuasa di suatu sekatan jalanraya,sudah tentu suhu di dalam kereta En Ali sangat panas
Dengan adanya sistem Kereta Kawalan Suhu menggunakan solar panel ini,maka suhu kereta akan sentiasa berada di dalam kawalan en Ali.
Contohnya En Ali setting suhu 25 darjah selsius,maka apabila mencecah suhu tersebut,maka kipas khas akan berpusing dan menghembuskan udara yang panas keluar.
Ini akan melindungi suhu dan kulit family En Ali dari menjadi berpeluh dan hitam kehitaman.
PROJEK ELEKTRONIK ini menggunakan solar panel untuk mengecas bateri yang menghidupkan
kipas.
PROJEK ELEKTRONIK ini amat sesuai untuk TAJUK PROJEK ELEKTRONIK DIPLOMA