Friday, October 24, 2014

Projek Elektronik Public Locker System using RFID

Hai...untuk post projek elektronik pada kali ini,saya ingin memberi satu idea projek elektronik Public locker system



Contoh situasi :

Ada 4 orang sahabat baik  iaitu Abu, Babu ,Sabu dan Tebu.

Apabila Abu sampai ke kawasan locker ini ,memandangkan semua locker kosong,maka Abu menyimpan barangnya di locker 1.Selepas menyimpan barangnya di locker 1,maka Abu akan menyentuh kadnya supaya lockernya terkunci.

Apabila Babu sampai ke kawasan locker ini pula ,memandangkan  locker2 dan locker3  kosong,maka Babu menyimpan barangnya di locker 2.Selepas menyimpan barangnya di locker 2,maka Babu akan menyentuh kadnya supaya lockernya terkunci.

Apabila Sabu sampai ke kawasan locker ini pula ,memandangkan   locker3  kosong,maka Sabu menyimpan barangnya di locker 3.Selepas menyimpan barangnya di locker 3,maka Sabu akan menyentuh kadnya supaya lockernya terkunci.

Apabila Tebu sampai ke kawasan locker ini pula ,memandangkan  tiada locker  kosong,maka Tebu pun tak boleh simpan barang.

Apabila Babu sampai ke kawasan locker ini balik dan ingin mengambil barang,Babu hanya perlu menyentuh kad nya dan locker 2 akan terbuka sendiri kerana telah direkodkan

ApabilaSabu sampai ke kawasan locker ini balik dan ingin mengambil barang,Sabu hanya perlu menyentuh kad nya dan locker 3 akan terbuka sendiri kerana telah direkodkan

Litar yang digunakan :
Litar PIC
Litar Relay
Solenoid