Thursday, July 18, 2013

Stepper Motor Controller

Salam Ramadhan.Pada malam yang gelap dan berangin ini,Saya ingin mengepos sebuah projek elektronik yang bertajuk Stepper Motor Controller.
Apakah dia Stepper motor? Mengikut kamus tebal di kedai kedai buku,"step" bermaksud langkah.
Contoh ayat :
(1) Kita mesti mengambil langkah berjaga jaga bagi membendung masalah durian berulat-ayat ahli    pokok dan ahli perhutanan.
(2)"Langkah demi langkah,kita harung bersama"-ayat bercinta zaman dahulu kala
(3) "Awak tau tak hari ni hari apa?,hariiii nie haari sabtuuuu"-ayat bercinta zaman baru yang tidak menggunakan ayat langkah.

Berdasarkan 3 ayat di atas,saya rasa anda semua sudah faham kan apa maksud stepper motor? kikikikiki.
Makna nya stepper motor ni dia jalan sikit2.jalan berenti,jalan berenti,jalan berenti...macam tu lah.Jadi kita boleh set berapa langkah yang kita nak dia jalan.

Projek Elektronik kali ini saya telah membuat satu controller yang mana anda boleh memasukkan bilangan langkah yang anda nak stepper motor anda jalan menggunakan keypad dan juga anda boleh memilih arah pusingan motor tersebut.Sila lihat video di bawah