Wednesday, October 12, 2011

Tip Penulis

Ramai pelajar yang menggabungkan projek elektronik dan projek mekanikal tetapi menghadapi masalah seperti di bawah:

Idea Projek : Mesin yang menggunakan dua motor wiper
Operasi Projek : Apabila suis ditekan, motor A akan berpusing beberapa saat dan kemudian motor B berpusing dan berhenti
Masalah Projek : Apabila suis ditekan,motor A dan Motor B berpusing secara serentak tanpa mengikut program
Punca Masalah : Motor A dan Motor B diskru terus pada body mesin tanpa menggunakan washer yang dapat menebat arus.Ini akan mengakibatkan berlakunya common ground pada body mesin tersebut di mana negative sentiasa wujud.
Penyelesaian :(1) Pastikan motor di pasang pada bracket dan diletakkan alat penebat
(2) Berdoa pada ALLAH supaya dipermudahkan hidup dan diampunkan dosa kedua ibu bapa
Pesanan : Ini hanya tips.Untuk kepastian,sila tanya pada lecturer anda.

Sunday, June 26, 2011

Projek Elektronik Pengering Kasut

Hallo semua.Untuk post Projek Elektronik pada kali ini,saya akan memaparkan kisah hidup sebuah benda bernama pengering kasut.
Selain daripada kamu,kamu, kamu meletakkan kasut dibelakang peti ais untuk mengeringkan kasut,kotak pengering kasut ini dapat mengelakkan diri anda daripada pergi ke belakang peti ais semata2 utk meletakkan kasut.Dengan adanya alat ini,fungsinya seperti mikrowave oven.

Cara2 pengendalian.
(1) Baca Bismillah
(2)Masukkan kasut
(3)pergi ke kotak control panel dan letakkan berapa lama kita nak bendanie keringkan kasut kita
(4)Apabila kita on, maka mentol(untuk panaskan kasut),kipas(mem blow kasut supaya kering) dan alat letak kasut akan berpusing dengan laju sekali.Jika kumpulan spoon melihat projek ini,saya percaya dia akan membuat tajuk lagu baru bertajuk. "laju,laju selaju lajunya". :).gurau2 jangan marah.
(5)Sambil menunggu kasut kering,pengguna bolehlah menghafal mana2 surah untuk menunggu kasut kering
(6) Bila dah siap,Dua benda yang pengguna dapat.Kasut kering dan surah pun hafal...aaaaaa.bijak,bijak,bijak....







Monday, April 25, 2011

System Penjimatan Eletrik

Post Projek Elektronik kali ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Suparjo.Suparjo sering dimarahi bosnya kerana berhutang dengan jirannya.Ini kerana Suparjo telah dilahirkan sebagai seorang yang pelupa.Dalam banyak2 perangai lupanya,ada yang lupa baik,lupa jahat,lupa merbahaya dan lupa berdosa.Contohnya seperti di bawah;

*Lupa Baik-Suparjo lupa membasuh baju,oleh itu,bil eletrik Suparjo
berkurangan
*Lupa merugikan-Suparjo lupa menutup segala apa yang ada di dalam rumahnya sebelum keluar rumah seperti lampu,kipas,aircond dan lain2.
*Lupa merbahaya-Suparjo lupa menutup sterika baju setelah menggunakannya
untuk menggosok ikan kering yg dijemur dan lupa diangkat setelah hujan.
*Lupa Jahat-Suparjo lupa mengambil wuduk sebelum solat,malahan solat pun lupa sama ada sudah atau belum

Dengan masalh tersebut,post Projek Elektronik pada kali ini dapat menyelesaikan masalah lupa merbahaya dan lupa yang merugikan.Projek ini dikenali sebagai Alat Penjimatan Eletrik.

Caranya mudah sahaja.Sensor diletakkan di depan pintu masuk.System akan membuat pengiraan dimana bilangan orang yg ada=Bilangan Masuk-Bilangan keluar.

Untuk ini system kasi upgraded,saya sudah tambah lagi itu program.Lima worang dalam itu bilik,kipas jalan speed 1. Bila 6-10 worang dalam bilik,itum kipas sudah jalan speed 2.Bila worang lebih 10,itu kipas sudah full speed jalan.

Ini system manyak bagus.Lu orang tak payah control itu lampu sama kipas.Semua sulah automatik.sap sap sui maa....Ada orang,dia jalan,talak orang,dia stop..Tapi lu jangan kasi short itu wiring.Lu Langsi,Lu mati.....hehehe..





Video projek ini seperti di bawah;



Sunday, April 17, 2011

Kepad Security System

Hai,pada post Projek Elektronik minggu ini,saya ingin menunjukkan project yang bertajuk Keypad Security System.Untuk lebih menjelaskan Projek ini sebenarnya,saya telah menyambung keypad dengan model pintu bermotor.
Apabila no pin yang dimasukkan adalah betul,maka pintu akan terbuka dengan sendirinya.
Dengan menggunakan konsep yang sama,kita boleh mengaplikasikannya pada

(1)Pintu Rumah
(2)Menghidupkan dan mematikan enjin kereta
(3)Membuka lock laci yang menyimpan barang barang
berharga dalam seperti ferrero rocher(bagi
penghuni asrama)
(4)Menghidupkan dan mematikan enjin motosikal.
(5)Permainan main teka2 password.

Segala persoalan yang bermain di fikiran anda pada detik ini bolehlah ym@sms@email pada pihak kami.

p/s: 1 detik = 0.02 saat


Saturday, April 9, 2011

Robot Gripper Video

Hai, untuk memastikan semua pihak dapat melihat Projek Elektronik dan Projek Mekanikal saya dengan lebih jelas,saya telah mengupload kan video Robot Gripper @ Robot Arm saya dengan menggunakan camera biasa dan bukannya camera Litar Tertutup seperti yang sedang sibuk di gembar gemburkan sekarang ini. :)

Projek ini adalah hasil gabungan saya dan kawan saya.Kami bertiga telah erk.....tiada huruf T atau datuk dalam nama kami. :) ya.Harap Maklumat...

Projek ini adalah fundamental bagi robot2 yang lain seperti Robot Arm,Robot Mengangkat barang dan juga boleh dijadikan Robot Penjahanam robot2 lain.

Akhir kata dari saya,saya ingin memberi sedikit pepatah yang agak panjang..

Sepandai pandai tupai melompat,akhirnya masih tak kena kejutan eletrik di tiang eletrik tnb yang terdapat stiker Pemasangan Astro,Rumah Urut,Pinjaman berlesen dan macam2 stiker lagi....

Thursday, April 7, 2011

Robot Gripper


Hello. Kali ini untuk post Projek Elektronik,saya akan menceritakan serba sikit sebuah robot gripper yang dapat mengangkat kotak,cawan,gelas,garpu,ikan bilis,ikan siakap,ikan senohong,ikan gelama,ikan duri,ikan bercakap bohong dan macam2 lagi.
Robot Arm nie saya letakkan di atas sebuah troli yang dikuasakan oleh celcom..opps.terbuat kelakar pulak.ia dikuasakan oleh motor power window 12Vdc.
Ia dikawal oleh remote control RF 315Mhz frequency.Kawalan PIC16F877A digunakan untuk mengawal pergerakan robot ini.Pergerakan mengangkat barang,menurun barang,grip barang,ungrip barang,troli kehadapan,troli memusing.
Video akan diupload untuk post minggu hadapan.


Sekian dari saya..