Tuesday, November 30, 2010

Robot Arm

Assalamualaikum pada umat islam sedunia dan hai everybody pada yang beragama selain islam.
Untuk Post Projek ELEKTRONIK pada kali ini,saya ada menyediakan sebuah video yang penuh suspen dan dramatik.Video ini hanya 1/10 daripada video sebenar.Video ini lebih suspen daripada cerita "Jangan pandang belakang congkak" ataupun cerita "Jangan pandang belakang dam ular".
Projek ini dijalankan tanpa menggunakan wang geran kerajaan ataupun geran parti pembangkang.Lebih kurang INDIE group la say nie. :).saya telah menggunakan wang poket seluar jeans saya sendiri.Sebab apa saya guna wang poket seluar saya sendiri???sebab kain pelekat saya tiada poket.NGEH! NGEH! NGEH!.








PROJEK ELEKTRONIK ini adalah gabungan dengan PROJEK MEKANIKAL.ia MENGGUNAKAN MOTOR POWER WINDOW.Ia dapat menggenggam barang tetapi masih belum mampu menggengam cinta Diana Dannielle,Anna Rafali atau Martin Guntali....

Monday, November 22, 2010

PROJEK ELEKTRONIK: GIMMICK SIGNAGE



Hai,tibalah masanya yang tiada siapa nantikan...POST PROJEK ELEKTRONIK pada minggu ini iaitu digital signage.
Digital signage ini boleh digunakan sebagai gimmick dimana2 majlis pembukaan seperti anugerah GRAMMY AWARD ataupun anugerah yang baru sahaja berlansung pada minggu lepas iaitu anugerah pelajar cemerlang di sebuah tadika berhampiran rumah saya. :).
Projek ini menggunakan sensor cahaya.Ini bermakna,bagi seseorang VIP yang ingin merasmikan projek ini contohnya dR ROZMY,beliau perlu "pointing" laser pointer pada "marking" yang telah ditetapkan.Apabila system ini mengesan cahaya laser,maka "SIGNAGE" akan terkeluar sendiri dari casing rahsianya ( ALA2 ceRita AIRWOLF ) dan menggemparkan seluruh hadirin dan hadiran yang menghadiri majlis perasmian dengan tepukan gemuruh seperti gemuruhnya sorakan the red warriors.
PROJEK ELEKTRONIK ini tidak sesuai digunakan bagi majlis menyambut menantu ya tuan2 dan puan2.
sEGALA yang buruk datang dari saya dan yang baik datang dari ALLAH S.W.T.

Sekian dari hamba yang humble di muka bumi .

Monday, November 15, 2010

PROJEK ELEKTRONIK: Kereta Kawalan Suhu




Hai,Untuk post PROJEK ELEKTRONIK pada kali ini,saya ada membuat sebuah percubaan dimana kereta ini dapat mengurangkan sikap panas baran segelintir pemandu di negara kita.PROJEK ELEKTRONIK ini menggunakan sebuah kipas kecil yang dapat menyedut haba panas keluar dari kereta semasa kereta berada di dalam mode parking.

Contoh Situasi:
Encik Ali hendak membeli belah di sebuah pasaraya(NAMA PASARAYA DIRAHSIAKAN).Apabila encik Ali berlegar-legar mencari parking,tiada parking berbumbung yang kosong.Maka En Ali terpaksa memarking kereta di bawah cahaya matahari yang panas terik.
Dengan keadaan cermin kereta Encik Ali yang tidak "tinted" kerana dikopek oleh pihak berkuasa di suatu sekatan jalanraya,sudah tentu suhu di dalam kereta En Ali sangat panas
Dengan adanya sistem Kereta Kawalan Suhu menggunakan solar panel ini,maka suhu kereta akan sentiasa berada di dalam kawalan en Ali.
Contohnya En Ali setting suhu 25 darjah selsius,maka apabila mencecah suhu tersebut,maka kipas khas akan berpusing dan menghembuskan udara yang panas keluar.
Ini akan melindungi suhu dan kulit family En Ali dari menjadi berpeluh dan hitam kehitaman.
PROJEK ELEKTRONIK ini menggunakan solar panel untuk mengecas bateri yang menghidupkan
kipas.
PROJEK ELEKTRONIK ini amat sesuai untuk TAJUK PROJEK ELEKTRONIK DIPLOMA

Monday, November 8, 2010

PROJEK ELEKTRONIK: keypad control ON-OFF motor






Hai,pada post PROJEK ELEKTRONIK pada kali ini,saya akan menunjukkan satu projek dimana keypad akan menggantikan kunci.
Dengan menekan kombinasi nombor yang betul,relay akan dihidupan dan menghidupkan apa-apa load yang kita inginkan seperti motor dan sebagainya.

Thursday, November 4, 2010

PROJEK ELEKTRONIK: Mesin Menyukat Buah






Hai,untuk post PROJEK ELEKTRONIK kali ini,pernahkah anda terbayang penjaja di tepi jalan yang menjual buah menggunakan mesin pemotong buah untuk meningkatkatkan produktiviti?
Haaaa,mesin pemotong buah ini adalah satu projek yang amat sesuai untuk dijadikan PROJEK MEKANIKAL bagi pelajar2 yang ingin mengambil subjek PROJEK TAHUN AKHIR pada semester hadapan.
Cara menggunakannya;
(1)Pakai topi tikar koboi dan baju lengan panjang kotak2
(2)Masukkan buah yang telah dipotong ke dalam mesin
(3)Tunggu pelanggan datang
(4)Dengar dengan teliti pesanan pelanggan.Contohnya "apek,kasi saya buah nyambu 2 linggit"
(5)Tekan button 2 ringgit. Buah akan jatuh sebanyak 2 ringgit

Believe it or not?Just in timberlake!!