Tuesday, November 30, 2010

Robot Arm

Assalamualaikum pada umat islam sedunia dan hai everybody pada yang beragama selain islam.
Untuk Post Projek ELEKTRONIK pada kali ini,saya ada menyediakan sebuah video yang penuh suspen dan dramatik.Video ini hanya 1/10 daripada video sebenar.Video ini lebih suspen daripada cerita "Jangan pandang belakang congkak" ataupun cerita "Jangan pandang belakang dam ular".
Projek ini dijalankan tanpa menggunakan wang geran kerajaan ataupun geran parti pembangkang.Lebih kurang INDIE group la say nie. :).saya telah menggunakan wang poket seluar jeans saya sendiri.Sebab apa saya guna wang poket seluar saya sendiri???sebab kain pelekat saya tiada poket.NGEH! NGEH! NGEH!.








PROJEK ELEKTRONIK ini adalah gabungan dengan PROJEK MEKANIKAL.ia MENGGUNAKAN MOTOR POWER WINDOW.Ia dapat menggenggam barang tetapi masih belum mampu menggengam cinta Diana Dannielle,Anna Rafali atau Martin Guntali....

Monday, November 22, 2010

PROJEK ELEKTRONIK: GIMMICK SIGNAGE



Hai,tibalah masanya yang tiada siapa nantikan...POST PROJEK ELEKTRONIK pada minggu ini iaitu digital signage.
Digital signage ini boleh digunakan sebagai gimmick dimana2 majlis pembukaan seperti anugerah GRAMMY AWARD ataupun anugerah yang baru sahaja berlansung pada minggu lepas iaitu anugerah pelajar cemerlang di sebuah tadika berhampiran rumah saya. :).
Projek ini menggunakan sensor cahaya.Ini bermakna,bagi seseorang VIP yang ingin merasmikan projek ini contohnya dR ROZMY,beliau perlu "pointing" laser pointer pada "marking" yang telah ditetapkan.Apabila system ini mengesan cahaya laser,maka "SIGNAGE" akan terkeluar sendiri dari casing rahsianya ( ALA2 ceRita AIRWOLF ) dan menggemparkan seluruh hadirin dan hadiran yang menghadiri majlis perasmian dengan tepukan gemuruh seperti gemuruhnya sorakan the red warriors.
PROJEK ELEKTRONIK ini tidak sesuai digunakan bagi majlis menyambut menantu ya tuan2 dan puan2.
sEGALA yang buruk datang dari saya dan yang baik datang dari ALLAH S.W.T.

Sekian dari hamba yang humble di muka bumi .

Monday, November 15, 2010

PROJEK ELEKTRONIK: Kereta Kawalan Suhu




Hai,Untuk post PROJEK ELEKTRONIK pada kali ini,saya ada membuat sebuah percubaan dimana kereta ini dapat mengurangkan sikap panas baran segelintir pemandu di negara kita.PROJEK ELEKTRONIK ini menggunakan sebuah kipas kecil yang dapat menyedut haba panas keluar dari kereta semasa kereta berada di dalam mode parking.

Contoh Situasi:
Encik Ali hendak membeli belah di sebuah pasaraya(NAMA PASARAYA DIRAHSIAKAN).Apabila encik Ali berlegar-legar mencari parking,tiada parking berbumbung yang kosong.Maka En Ali terpaksa memarking kereta di bawah cahaya matahari yang panas terik.
Dengan keadaan cermin kereta Encik Ali yang tidak "tinted" kerana dikopek oleh pihak berkuasa di suatu sekatan jalanraya,sudah tentu suhu di dalam kereta En Ali sangat panas
Dengan adanya sistem Kereta Kawalan Suhu menggunakan solar panel ini,maka suhu kereta akan sentiasa berada di dalam kawalan en Ali.
Contohnya En Ali setting suhu 25 darjah selsius,maka apabila mencecah suhu tersebut,maka kipas khas akan berpusing dan menghembuskan udara yang panas keluar.
Ini akan melindungi suhu dan kulit family En Ali dari menjadi berpeluh dan hitam kehitaman.
PROJEK ELEKTRONIK ini menggunakan solar panel untuk mengecas bateri yang menghidupkan
kipas.
PROJEK ELEKTRONIK ini amat sesuai untuk TAJUK PROJEK ELEKTRONIK DIPLOMA

Monday, November 8, 2010

PROJEK ELEKTRONIK: keypad control ON-OFF motor






Hai,pada post PROJEK ELEKTRONIK pada kali ini,saya akan menunjukkan satu projek dimana keypad akan menggantikan kunci.
Dengan menekan kombinasi nombor yang betul,relay akan dihidupan dan menghidupkan apa-apa load yang kita inginkan seperti motor dan sebagainya.

Thursday, November 4, 2010

PROJEK ELEKTRONIK: Mesin Menyukat Buah






Hai,untuk post PROJEK ELEKTRONIK kali ini,pernahkah anda terbayang penjaja di tepi jalan yang menjual buah menggunakan mesin pemotong buah untuk meningkatkatkan produktiviti?
Haaaa,mesin pemotong buah ini adalah satu projek yang amat sesuai untuk dijadikan PROJEK MEKANIKAL bagi pelajar2 yang ingin mengambil subjek PROJEK TAHUN AKHIR pada semester hadapan.
Cara menggunakannya;
(1)Pakai topi tikar koboi dan baju lengan panjang kotak2
(2)Masukkan buah yang telah dipotong ke dalam mesin
(3)Tunggu pelanggan datang
(4)Dengar dengan teliti pesanan pelanggan.Contohnya "apek,kasi saya buah nyambu 2 linggit"
(5)Tekan button 2 ringgit. Buah akan jatuh sebanyak 2 ringgit

Believe it or not?Just in timberlake!!

Sunday, October 31, 2010

RFID application (car starter)

Hai,untuk post PROJEK ELEKTRONIK pada kali ini,saya ada membuat projek bertajuk car starter menggunakan RFID card.Untuk projek ini,kita gunakan sebuah model kereta bagi menggantikan kereta sebenar.
Cara Kerjanya.apabila kita menyentuh RFID card,kereta akan dapat dihidupkan.Bahan2 yang digunakan adlah RFID reader,Microcontroller 16F877a dan litar relay.
PROJEK ELEKTRONIK ini dapat memberikan pendedahan kepada anda tentang bagaimana untuk menghantar data dari RFID reader kepada microcontroller.
Selain daripada kereta,kita dapat memasang pada pelbagai2 aplikasi lagi.Semua terdapat di dalam blog saya ini.Selamat Menonton.




Tuesday, October 26, 2010

Circuit Simulation



Hallloooo,untuk POST PROJEK ELEKTRONIK pada kali ini,saya ingin menunjukkan sedikit contoh bagaimana kita simulate litar menggunakan software PROTEUS.
Dalam contoh saya ini,saya cuba untuk simulate litar PIC yang disambung dengan LCD.

Selamat Menonton....

PROJEK ELEKTRONIK: Seven Segment Counter using 2 button


Hai,Untuk post PROJEK ELEKTRONIK pada kali ini,saya ada buat sedikit experiment tentang membuat increasing counter using seven segment display.PROJEK ELEKTRONIK INI membabitkan LITAR PIC16F877A.
Kegunaan sistem ini;
(1)sistem perbankan
(2)Parking counter
(3)Semut keluar masuk bekas gula :)

Selamat menonton :)


Sunday, October 24, 2010

Video PROJEK ELEKTRONIK: TONG SAMPAH AUTOMATIK V2.1


Ini adalah paparan video PROJEK ELEKTRONIK:Tong Sampah elektronik V2.1

PROJEK ELEKTRONIK:Tong Sampah Auto V 2.1




Hai,Untuk post PROJEK ELEKTRONIK pada kali ini,saya ada menghasilkan sebiji tong sampah yang dapat menghalang daripada sampah melimpah apabila penuh.
Kebaikan projek ini;
(1)Apabila sampah penuh,pintu pembuka tong sampah tidak akan terbuka kecuali dipecah menggunakan spana 18.
(2)Apabla sampah penuh,maka SMS akan dihantar kepada pemili tong sampah.
Keburukan projek ini;
(1)Para pencari tin alumunium akan tersepit tangan jika ingin mengambil tin alumunium di dalamnya kerana mencari tin alumunium di dalam tong sampah memerlukan penelitian yang lama
(2)Anjing2 terbiar akan mati kelaparan jika semua penduduk malaysia menggunakan tong sampah ini.

PROJEK ELEKTRONIK ini menggunakan CD-ROM sebagai mechanism untuk membuka dan menutup pintu,Selain daripada itu,Litar INFRARED digunakan untuk mengesan bila ada tangan yang ingin membuang sampah
PROJEK ELEKTRONIK ini amat baik untuk digunakan atau dimodifikasi kepada aplikasi2 yang lain seperti Tabung Elektronik atau...................................LU PIKIRLAH SENDIRI.....
TATA......


Wednesday, October 20, 2010

Smart Building and Smart Home project



Hai,untuk post PROJEK ELEKTRONIK pada kali ini, saya akan menceritakan beberapa element yang dapat kita sertakan dalam menghasilkan PROJEK SMART HOME @ SMART BUILDING system.Element2 yang boleh kita sertakan adalah:

(1)Suhu-Dengan menggunakan LM35 temperature sensor,PROJEK ELEKTRONIK kita akan dapat mengawal load (seperti kipas,aircond dan sebagainya) untuk menghidup atau mematikan load tersebut berdasarkan suhu yang kita perolehi

(2)Wireless-Dengan menggunakan 315MHz radio transmitter dan radio receiver,kita dapat mengawal sesuatu peralatan dengan menggunakan remote

(3)Auto on Light-Dengan menggunakan sensor LDR(light dependent resistor),kita dapat menghidupkan lampu apabila gelap dan mematikan lampu apabila terang.

Dengan aplikasi ini,kita dapat menggunakan pada environment2 PROJEK ELEKTRONIK yang lain.

LAYAN................. :)


Sunday, October 17, 2010

Almari Jimat Ruang




Hai,pada post Projek Elektronik pada minggu ini,saya akan berkongsi dengan anda tentang Almari Jimat Ruang.
Untuk Projek Almari jimat ruang ini,terdapat bebrapa litar yang terlibat antaranya adalah litar Microcontroller dan Litar Foward Reverse Motor.
Projek ini berguna kepada kawasan yang mempunyai kepadatan manusia yang padat seperti rumah sewa student ataupun rumah kongsi Jurutera2 dari Indonesia mahupun Bangladeshi.
Bila tiada barang diletakkan,kita boleh menekan button up atau button down untuk menggulung almari ini naik ke atas atau almari akan turun ke bawah apabila ingin digunakan.Ia kelihatan seperti magic tapi sebenarnya ia betul2 terjadi dan bukannya dugaaaaan!!!.
Projek elektronik ini merangkumi projek mekanikal juga.Sesuai untuk projek tahun akhir pelajar2.
Saya tak tahu bagaimana saya nak terangkan lebih lanjut,jemputlah ya watching video yang saya post...(blog bermasalah;tak bleh upload video..saya akan upload kemudian)..
Saksikannnnnnlaaaah...

Sunday, October 10, 2010

Projek Smart White Board Cleaner








Pada post PROJEK ELEKTRONIK pada kali ini,saya post sebuah PROJEK MEKANIKAL untuk PROJEK TAHUN AKHIR.
Projek ini berguna untuk sesebuah organisasi yang besar seperti GOOGLE,FACEBOOK INC dan sebagainya.Tetapi,syarikat syarikat ini masih belum menggunakan projek ini kerana mereka tidak jumpa blog saya :)
Projek ini menggunakan litar microcontroller,litar transmitter,litar receiver,litar transistor drive relay.
Sesuai untuk kegunaan bilik kuliah yang 23 kali hilang pemadam whiteboard dalam masa 2 bulan.

Sunday, October 3, 2010

Projek Elektronik : Auto Microfon





Hai, untuk post Projek elektronik pada minggu ini,saya ingin bergkongsi tentang project auto microfon.Apakah dia?
Projek ini tidak bermaksud menjadikan suara yang tidak sedap kepada sedap atau menukarkan suara tukang karut kumpulan dikir barat kepada suara Dave Grohl.

Pernah kah anda mengalami bunyi "ziiiiiiiiing" yang amat kuat di dalam kotak karaoke jamban?Ini kerana ada micro signal feedback bunyi yang keluar dari speaker akan masuk balik ke dalam microfon.Begitulah punca bunyi berdesing berlaku.

Jadi,dengan adanya projek ini,microfon akan sentiasa dalam keadaan off.Microfon akan ON secara automatik apabila ada pengguna ingin bercakap sahaja.Sensor infrared yang akan mengesan sama ada terdapat pengguna atau tidak.

Jadi,itulah post projek elektronik untuk kali ini.Berjumpa lagi...Jgn lupa training untuk Ujibakat AF musim terbaru :)

Monday, August 30, 2010

PROJEK ELEKTRONIK :Ultrasonic reverse sensor

Salam, Untuk post PROJEK ELEKTRONIK pada kali ini,saya upload satu video yang agak panjang dimana Ultrasonic digunakan untuk memberi jarak diantara belakang kereta dan halangan.
PROJEK ELEKTRONIK ini adalah basic fundamental dimana projek ini boleh di applikasikan pada projek projek yang lain seperti ROBOT MENCARI BARANG,ALAT MENYUKAT KETINGGIAN SESUATU BAHAN
Unit yang digunakan adalah unit cm..

Monday, August 23, 2010

PROJEK ELEKTRONIK:RFID universal switch






Hai,Untuk post PROJEK ELEKTRONIK kali ini,saya ada upload video dan picture untuk PROJEK RFID UNIVERSAL SWITCH.
Bagaimana projek ini berfungsi?Contohnya apabila Ibu bapa yang bekerja siang dan malam dan tidak mempunyai masa untuk anak2,Ibu bapa boleh menetapkan syarat bahawa PS3 hanya boleh dipasang semasa ibubapa ada di rumah.Jadi,Apabila ibubapa ada di rumah,Ibubapa akan menyentuh kad RFID dan barulah PS3 boleh dipasang.
Selain daripada itu, alat ini juga boleh dipasang pada alat2 lain seperti kipas,lampu,aircond dan sebagainya.
Projek ini menggunakan PIC16F877A dan litar microcontroller digunakan.Selain daripada itu,Litar Bekalan Kuasa juga di gunakan
Selamat mencuba.........

Sunday, August 22, 2010

Tudung Saji automatik



Hai,Untuk post kali ini,Tajuk nya agak extreme dimana ia gabungan melayu dan California (tudung saji=melayu;automatik;ala2 california) ;)
Untuk post PROJEK ELEKTRONIK kali ini,Tudung saji automatik adalah satu tudung saji yang unique kerana terdapat controller box yang dapat kita gunakan untuk set berapa temperature di dalam tudung saji yang kita nak.
Contohnya,bila nak berbuka puasa,kita pun belila karipap 6 bijik.So,kita makan 3,balance lagi 3.Lagi 3 biji tu,kita nak simpan buat sahur.So kita pun letaklah yang 3 biji tu dalam tudung saji automatik dan kita setkan suhu 50 darjah celcius.Bila kita bangun je sahur pukul 5,kita boleh terus buka tudung saji,telan karipap dan tidur semula tanpa perlu membuka mata dan memanaskan karipap.
Pada controller tersebut terdapat setting button dan LCD yang membolehkan kan kita set berapa suhu yang kita rasa sesuai.
Kelebihan tudung saji nie berbanding microwave oven adalah (1)Lebih menjimatkan eletrik (2)Lebih mudah digunakan

Robot Serbaguna




Hai,Untuk post PROJEK ELEKTRONIK kali ini,saya ada upload gambar dan video.Robot serbaguna ini bermakna anda boleh letak apa2 saja diatasnya
RAMAI YANG BERTANYA TENTANG PROPOSAL ROBOT INI.email sahaja pada saya.jangan takut.
Antara aplikasi yang boleh dibuat adalah ROBOT PENCUCI LANTAI,ROBOT MESIN RUMPUT,ROBOT ANGKAT PINGGAN dan bermacam2 robot lagi
Tapi untuk pengetahuan anda,robot ini tidak boelh diletak nama ROBOT TERAWIKH kerana robot ini tidak dapat membesakan 8 rakaat atau solat witir....JANGAN SIA SIAKAN RAMADHAN ANDA.RAMADHAN TAHUN HADAPAN KITA TAK TAHU ADA LAGI ATAU TAK......

PH meter untuk smart aquarium




Hi,Untuk uploading activity bagi PROJEK ELEKTRONIK dan PROJEK ELEKTRIK pada hari ini, saya upload projek yang dapat mengenalpasti air berasid atau beralkali.
Projek ini melibatkan LITAR BEKALAN KUASA,LITAR MICROCONTROLLER,LCD,PIC16F877A dan LITAR RELAY.
Projek ini dapat digabungkan dengan PROJEK SMART AQUARIUM.Apabila air berasid atau berakali,maka pump akan dihidupkan dan merawat air sehingga neutral.
Jika dilihat pada video,apabila dicelup ke dalam bekas beralkali,maka LED merah akan menyala.Jika dicelup di dalam bekas berasid,LED hijau pula menyala.

Saturday, August 21, 2010

Projek Robot Penghantar Makanan







Hai,pada post PROJEK ELEKTRONIK,PROJEK ELEKTRIK kali ini,saya ada menyiapkan satu projek bertajuk ROBOT PENGHANTAR MAKANAN.Projek ini juga boleh digunakan untuk PROJEK DIPLOMA ELEKTRONIK.
Projek ini menggabungkan Software dan Hardware dimana software yang digunakan adalah VISUAL BASIC dan Hardwarenya pula adalah PIC microcontroller.
Sekarang saya menerangkan bagaimana projek ini beroperasi.Contohnya Pak Ahmad ada restoran.Restoran Pak Ahmad ada 7 meja.
Contohnya meja 1 order karipap,Meja 2 order roti john,Meja 3 order donut.Tukang masak pun masaklah ketiga2 menu nie.Jadi dalam banyak2 menu nie,roti John siap dulu.So stepnya seperti berikut
(a)Letak Roti john pada robot penghantar makanan
(b)Pergi pada software dan click "hantar pada meja 2"
Jadi,robot ini akan pergi ke meja 2 secara automatik dan menghantar Roti John.Bila sampai je meja 2,Robot ini akan berhenti sendiri.

So, itulah dia sedikit sebanyak penerangan tentang Roti John.... ;)

Monday, August 16, 2010

PROJEK ELEKTRONIK :PROPOSAL PROJEK ELEKTRONIK



Berikut saya upload picture PROPOSAL PROJEK ELEKTRONIK.Letih juga nak buat satu2 proposal.Kalau setakat copy & paste senang.memang tak berpeluh....Semua proposal nie telah dicreate setelah projek dibuat..agak pelik.haha.selalunya proposal baru projek...Inginkan proposal?sms saya....


Jika ingin melihat senarai proposal mengikut susunan
KLIK di sini

Sunday, August 15, 2010

PROJEK ELEKTRONIK: Modified CD-ROM






Untuk ruangan Tutorial PROJEK ELEKTRONIK kali ini,saya ada menunjukkan bagaimana untuk modfied CD-ROM menjadi sebahagian daripada PROJEK ELEKTRONIK atau PROJEK ELEKTRIK atau PROJEK MEKANIKAL anda.

Dengan adanya benda nie,macam2 anda boleh buat seperti PROJEK TONG SAMPAH,PROJEK SLIDING DOOR, PROJEK TINGKAP ELEKTRINIK dan sebagainya.

Anda Juga boleh letak di topi anda.Bila panas je,lidah topi terkeluar.Bila sejuk,lidah topi tu masuk,so dia nampak macam kopiah.hehe ;).saya main2 je.jangan buat betul2 pulak.malu kat tok imam.
SELAMAT MENCUBA!!

Wednesday, August 11, 2010

Guna HANDSET untuk PROJEK ELEKTRONIK send SMS (HANDSET 3310)




Langkah 1:Solder 2 wayar pada button enter(select) dan butang scroll down
Langkah 2:Jangan Buang Keypad yang lain.Hanya gunakan button select dan scroll down sahaja.
Langkah3:Screw balik cover asal.

STEPnya adalah seperti berikut menu-down-menu-down-down-menu-menu-menu-down-down-down-menu-menu-menu-menu-menu-menu.

Oleh itu,step ini perlu dilakukan oleh microcontroller.

Selamat Mencuba!!

Tuesday, August 10, 2010

Temperature Control System




Hi,Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua muslimin dan musimat.Semoga kita semua mendapat keberkatan dan ibadah yang maximum untuk bulan Ramadhan ini.
Pada Post PROJEK ELEKTRONIK pada kali ini,saya ada post satu PROJEK ELEKTRONIK yang bertitle "TEMPERATURE CONTROL SYSTEM".Fungsi system nie macam nie..Contohnya kita sambung pada kipas.Kita boleh set temperature berapa yang kita nak(contohnya 30 degree celcius).Apabila suhu sekeliling melebihi 30 degree celcius,maka relay akan on dan Kipas akan on secara automatik.Projek ini banyak applikasinya.
Litar yang terlibat adalah LITAR MICROCONTROLLER , LITAR BEKALAN KUASA , LITAR RELAY dan LM35Z sebagai TEMPERATURE SENSOR.
Selamat Berfikir....

ps:Projek ini tidak sesuai dibuat oleh pelajar politeknik di kutub utara atau selatan. ;)Ini kerana di sana takde politeknik. ;)

AMARAN: JANGAN PASANG ALAT INI PADA BADAN IBUBAPA ANDA YANG TENGAH MARAH!! ; )

LCD WIRING dengan PIC 16F877A MICROCONTROLLER



Untuk Segment Tutorial Ini,saya tunjukkan satu video bagaimana kita nak menyambungkan LCD dengan microcontroller PIC16F877A.
Ini kerana kebanyakan PROJEK ELEKTRONIK mempunyai PENYAMBUNGAN PIC 16877A dengan LCD 16x2 sebagai display.
Untuk pengetahuan anda,16x2=32.betul!!!memang betul!!!tapi 16x2 yang saya cerita nie takde pertalian darah lansung dengan sifir2 yang terdapat pada kulit belakang buku latihan sekolah rendah.
LCD 16x2 bermakna LCD boleh muat 16 character untuk 2 baris..
Untuk pengetahuan anda,LCD menggunakan 5V dc sebagai bekalan kuasa.So,bila dah tengok video nie,takyah la anda nak baca lagi DATASHEET LCD 16X2.
Selamat mencuba....TATA (tata adalah lori kegemaran saya ;)

Wednesday, August 4, 2010

Wireless RF control Home Appliances



Hi. Untuk post PROJEK ELEKTRONIK kali ini,saya telah upload satu projek bertajuk Wireless RF control Home Appliances.Projek ini amat "menyerunutkan".PROJEK ELEKTRONIK ini menggunakan LITAR BEKALAN KUASA,LITAR TRANSMITTER,LITAR RECEIVER.

Monday, August 2, 2010

PROJEK ELEKTRONIK:RFID MOTOR STARTER



Hai,untuk post PROJEK ELEKTRONIK kali ini,saya ada menunjukkan Video RFID MOTOR STARTER Projek.Projek ini menggunakan LITAR BEKALAN KUASA,LITAR MICROCONTROLLER dan LITAR RELAY.

Untuk melihat lebih lagi video ini,sila HIGHLIGHT-COPY-PASTE pada URL baru atau HIGHLIGHT-RIGHT CLICK-CLICK OPEN.

http://www.youtube.com/watch?v=AJj8Jgy-ybE

Wireless VB control Home Appliances



Hai,untuk PROJEK ELEKTRONIK pada kali ini,saya telah menyiapkan satu prototype dimana semua perlatan boleh dikawal dengan menggunakan komputer secara wireless.Litar yang terlibat adalah LITAR BEKALAN KUASA,LITAR TRANSMITTER,LITAR RECEIVER,LITAR RS232 to TTL converter dan LITAR TRANSISTOR DRIVE RELAY.

Untuk projek yang lebih panjang boleh copy & paste link DI BAWAH ATAU highlight link DI BAWAH,kemudian "right click" dan "click link"

http://www.youtube.com/watch?v=49HBaLm-Duw

Sunday, August 1, 2010

PROJEK ELEKTRONIK:Home Appliance Wireless Control System using Visual Basic



Hai,Untuk PROJEK ELEKTRONIK pada kali ini,saya post satu system dimana kita dapat mengawal segala peralatan eletrik di dalam rumah dengan menggunakan laptop.PROJEK ELEKTRONIK ini sesuai dijadikan PROJEK ELEKTRONIK DIPLOMA atau PROJEK ELEKTRONIK TAHUN AKHIR.PROJEK ELEKTRONIK ini juga adalah gabungan antara PROJEK ELKEKTRIK DAN PROJEK ELEKTRONIK.
Litar yang terlibat adalah LITAR BEKALAN KUASA,LITAR MICROCONTROLLER,LITAR RS232 TO TTL CONVERTER dan LITAR RELAY..
Saya akan upload full version link di dalam UTUBE.

PROJEK ELEKTRONIK Laptop Security System



Hi,Untuk PROJEK ELEKTRONIK kali ini,saya akan menunjukkan satu video PROJEK ELEKTRONIK laptop security system
Litar yang digunakan untuk Projek ini adalah LITAR BEKALAN KUASA , LITAR TRANSMITTER , LITAR RECEIVER dan LITAR MICROCNTROLLER.
Cara Operasi:
Contohnya pengguna sedang main FACEBOOK dilaptop pada tempat awam seperti Kantin Sekolah REndah Jenis Kebangsaan sambil memakan nasi lemak 80 sen.Bila habis makan,mestilah nak basuh tangan.Jadi,pengguna hanya perlu meletakkan satu alat putih yang bernama VIBRATION SENSOR dan menekan PUSH BUTTON untuk start system.Jadi,pengguna pun pergilah basuh tangan.
Pada masa tu,terdapat seorang pencuri yang sedang ketandusan wang ingin mencuri laptop tersebut.Bila dia angkat je laptop, BUZZER alat nie pun berbunyi.Bila berbunyi,dia pun menyorok,Jadi bila pengguna dgr bunyi dan tengok takde orang,pengguna pun menekan button reset pada remote control yang ada pada pengguna untuk mendiamkan ala tersebut.
Pencuri pun ingat benda tu dah diam,jadi dia pun angkat balik Laptop.Alat tu akan berbunyi sekali lagi.Bila berbunyi,pengguna pun nampak ada pencuri.
Jadi pandai2 lah pengguna nak buat apa lepas tu sama ada (1)Kejar (2)report pada Polis (3)Report pada ibubapa pencuri (4)Anggap pemberian Ikhlas..
Untuk mematikan alat tersebut,pengguna perlu menekan butang OFF pada remote.
Untuk PROJEK ELEKTRONIK ini,LITAR BEKALAN KUASA , LITAR TRANSMITTER , LITAR RECEIVER dan LITAR MICROCNTROLLER terlibat....

Thursday, July 29, 2010

PROJECT ELECTRONIC RFID MOTOR STARTER

Hai,untuk post PROJEK ELEKTRONIK dan PROJEK ELETRIK untuk PROJEK TAHUN AKHIR,saya telah design satu sistem yang menggunakan litar
(1)Microcontroller
(2)Transistor drive relay
(3)RFID reader.
Apa bendenya ini?Alat ini adalah satu alat security untuk motosikal anda.Untuk anda ingin menghidupkan motosikal anda,anda hanya perlu menyentuh kad pada RFID reader.Jadik,teknologi motosikal EX5 anda hanya tinggal satu tiang je dengan teknologi lamborghini galardo atau SKYLINE GTR..Oleh itu,projek elektronik ini amat sesuai dipasang pada motosikal anda.TAPI AWAS!!!jangan lari dari road block.....Ingatlah ibubapa di kampung...belajarlah rajin2 dan kalau tak tau buat projek,tempahlah projek dgn saya dan bila siap PROJEK ELEKTRONIK anda,saya akan ajar dari A to Z..... ;)

Wednesday, July 28, 2010

Tongkat Orang Buta

Kali ini untuk post PROJEK ELEKTRONIK,saya telah menyiapkan Tongkat Orang Buta.PROJEK ELEKTRONIK ini adalah gabungan ultrasonic sensor dan microcontroller.LCD juga disambung untuk memberi jarak tongkat dan Halangan di hadapan.Jgn salah sangka,org buta mmg x dapat membaca nilai jarak pada LCD...tetapi LCD adalah untuk CALIBRATION yg akan dilakukan oleh rakan si buta...Buzzer juga di lekatkan sekali di mana lagi dekat halangan,lagi laju bunyi....tetapi,projek elektronik ini tidak sesuai bg org yang buta huruf... ; )....

Sunday, July 25, 2010

Video Projek Elektronik Entrance Motorize System



PROJEK ELEKTRONIK ini ada lah gabungan beberapa litar elektronik iaitu:

(1)Litar Micro controller
(2)Litar Foward Reverse
(3)Litar LDR(light dependent resistor)
(4)Litar Power Supply

PROJEK ELEKTRONIK ATAU PROJEK ELEKTRIK INI AMAT SESUAI UNTUK DIJADIKAN PROJEK TAHUN AHIR ANDA ;)

Video Projek Elektronik Entrance System

Hi,untuk menyiapkan projek elektronik ini,kita memerlukan Litar LDR ,Litar microcontroller dan Litar foward reverse.
Untuk bahagian pintu pula,kita menggunakan CD-ROM terpakai untuk menggantikan pintu PROJEK TAHUN AKHIR anda.PROJEK ELEKTRIK atau PROJEK ELEKTRONIK ini amat sesuai untuk di applikasikan kepada pelbagai2 projek... ; )

Friday, July 16, 2010

Projek Elektronik

Untuk menghasilkan projek elektronik bagi pelajar diploma Projek Tahun Akhir.
Pelbagai Projek Elektronik Boleh Didapati...

Wednesday, July 14, 2010

Projek elektronik,Projek Elektrik dan Projek Tahun Akhir

Hallo semua.....
Saya ada 3 proposal yang saya buat.Berkaitan dengan wireless....
(1)Street Light Health Monitoring System
(2)Universal Wireless Switch
(3)Wireless PostBox...
Ketiga3 projek Wireless ini berkaitan dengan projek elektronik atau projek elektrik...
Kalau nak,boleh email atau sms saya...POLISI JIWA SAYA "akan di email dalam masa 24 jam " :0

Saturday, July 10, 2010

Robot pencuci Lantai

Untuk post Projek Elektronik kali ini,saya ada Upload Gambar Robot Pengering Lantai Wireless.
Robot ini akan bergerak untuk mengelap lantai.
Tiga komponen utama untuk projek elektronik ini adalah Kipas,Span dan Wiper.
Sangat sesuai untuk rumah yang sudah berbulan2 ditinggalkan pengguna.
Projek Elektronik ini boleh digerakkan menggunakan Wireless Remote control.
SEBUAH PROJEK TAHUN AKHIR atau PROJEK ELEKTRIK yang BEST.

Friday, July 9, 2010

Projek Penapis udara.

Hi,dengan projek elektronik ini,kita dapat sedut udara sekeliling dan filter udara tersebut supaya terhindar dari habuk2 dan kutu-kutu.Projek elektronik ini juga duisertakan dengan perfume...maksudnya org akan kata
"perghhh...bersihnya bilik.dah la bersih,haruuuuuum pulak tu...sabun apa yang encik Pakai???" ;)

Wednesday, July 7, 2010

Wireless Kedai System



Kontrol Kipas dan semua lighthing Pakai Remote.hua hua hua>>>

Tuesday, July 6, 2010

Wireless Building System

: ).walaupun kedai saya buruk,tetapi system kawalan kedai saya menghampiri teknologi KLCC....waka waka......Semua alatan di dalam kedai saya dikawal oleh remote control.....sesuai untuk projek elektronik dan projek elektrik

Training Board SIAP..

Hi,untuk post projek elektronik kali ini,saya telah menyiapkan beberapa demo kit untuk projek tahun akhir.projek yang ada pada demo kit ini adalah motor power window speed control,RFID application,litar power supply,litar water level,projek temperature control system,projek wireless radio frequency dll.untuk semua projek elektronik ini,ia amat sesuai digunakan di dalam projek tahun akhir........