Monday, August 30, 2010

PROJEK ELEKTRONIK :Ultrasonic reverse sensor

Salam, Untuk post PROJEK ELEKTRONIK pada kali ini,saya upload satu video yang agak panjang dimana Ultrasonic digunakan untuk memberi jarak diantara belakang kereta dan halangan.
PROJEK ELEKTRONIK ini adalah basic fundamental dimana projek ini boleh di applikasikan pada projek projek yang lain seperti ROBOT MENCARI BARANG,ALAT MENYUKAT KETINGGIAN SESUATU BAHAN
Unit yang digunakan adalah unit cm..

Monday, August 23, 2010

PROJEK ELEKTRONIK:RFID universal switch






Hai,Untuk post PROJEK ELEKTRONIK kali ini,saya ada upload video dan picture untuk PROJEK RFID UNIVERSAL SWITCH.
Bagaimana projek ini berfungsi?Contohnya apabila Ibu bapa yang bekerja siang dan malam dan tidak mempunyai masa untuk anak2,Ibu bapa boleh menetapkan syarat bahawa PS3 hanya boleh dipasang semasa ibubapa ada di rumah.Jadi,Apabila ibubapa ada di rumah,Ibubapa akan menyentuh kad RFID dan barulah PS3 boleh dipasang.
Selain daripada itu, alat ini juga boleh dipasang pada alat2 lain seperti kipas,lampu,aircond dan sebagainya.
Projek ini menggunakan PIC16F877A dan litar microcontroller digunakan.Selain daripada itu,Litar Bekalan Kuasa juga di gunakan
Selamat mencuba.........

Sunday, August 22, 2010

Tudung Saji automatik



Hai,Untuk post kali ini,Tajuk nya agak extreme dimana ia gabungan melayu dan California (tudung saji=melayu;automatik;ala2 california) ;)
Untuk post PROJEK ELEKTRONIK kali ini,Tudung saji automatik adalah satu tudung saji yang unique kerana terdapat controller box yang dapat kita gunakan untuk set berapa temperature di dalam tudung saji yang kita nak.
Contohnya,bila nak berbuka puasa,kita pun belila karipap 6 bijik.So,kita makan 3,balance lagi 3.Lagi 3 biji tu,kita nak simpan buat sahur.So kita pun letaklah yang 3 biji tu dalam tudung saji automatik dan kita setkan suhu 50 darjah celcius.Bila kita bangun je sahur pukul 5,kita boleh terus buka tudung saji,telan karipap dan tidur semula tanpa perlu membuka mata dan memanaskan karipap.
Pada controller tersebut terdapat setting button dan LCD yang membolehkan kan kita set berapa suhu yang kita rasa sesuai.
Kelebihan tudung saji nie berbanding microwave oven adalah (1)Lebih menjimatkan eletrik (2)Lebih mudah digunakan

Robot Serbaguna




Hai,Untuk post PROJEK ELEKTRONIK kali ini,saya ada upload gambar dan video.Robot serbaguna ini bermakna anda boleh letak apa2 saja diatasnya
RAMAI YANG BERTANYA TENTANG PROPOSAL ROBOT INI.email sahaja pada saya.jangan takut.
Antara aplikasi yang boleh dibuat adalah ROBOT PENCUCI LANTAI,ROBOT MESIN RUMPUT,ROBOT ANGKAT PINGGAN dan bermacam2 robot lagi
Tapi untuk pengetahuan anda,robot ini tidak boelh diletak nama ROBOT TERAWIKH kerana robot ini tidak dapat membesakan 8 rakaat atau solat witir....JANGAN SIA SIAKAN RAMADHAN ANDA.RAMADHAN TAHUN HADAPAN KITA TAK TAHU ADA LAGI ATAU TAK......

PH meter untuk smart aquarium




Hi,Untuk uploading activity bagi PROJEK ELEKTRONIK dan PROJEK ELEKTRIK pada hari ini, saya upload projek yang dapat mengenalpasti air berasid atau beralkali.
Projek ini melibatkan LITAR BEKALAN KUASA,LITAR MICROCONTROLLER,LCD,PIC16F877A dan LITAR RELAY.
Projek ini dapat digabungkan dengan PROJEK SMART AQUARIUM.Apabila air berasid atau berakali,maka pump akan dihidupkan dan merawat air sehingga neutral.
Jika dilihat pada video,apabila dicelup ke dalam bekas beralkali,maka LED merah akan menyala.Jika dicelup di dalam bekas berasid,LED hijau pula menyala.

Saturday, August 21, 2010

Projek Robot Penghantar Makanan







Hai,pada post PROJEK ELEKTRONIK,PROJEK ELEKTRIK kali ini,saya ada menyiapkan satu projek bertajuk ROBOT PENGHANTAR MAKANAN.Projek ini juga boleh digunakan untuk PROJEK DIPLOMA ELEKTRONIK.
Projek ini menggabungkan Software dan Hardware dimana software yang digunakan adalah VISUAL BASIC dan Hardwarenya pula adalah PIC microcontroller.
Sekarang saya menerangkan bagaimana projek ini beroperasi.Contohnya Pak Ahmad ada restoran.Restoran Pak Ahmad ada 7 meja.
Contohnya meja 1 order karipap,Meja 2 order roti john,Meja 3 order donut.Tukang masak pun masaklah ketiga2 menu nie.Jadi dalam banyak2 menu nie,roti John siap dulu.So stepnya seperti berikut
(a)Letak Roti john pada robot penghantar makanan
(b)Pergi pada software dan click "hantar pada meja 2"
Jadi,robot ini akan pergi ke meja 2 secara automatik dan menghantar Roti John.Bila sampai je meja 2,Robot ini akan berhenti sendiri.

So, itulah dia sedikit sebanyak penerangan tentang Roti John.... ;)

Monday, August 16, 2010

PROJEK ELEKTRONIK :PROPOSAL PROJEK ELEKTRONIK



Berikut saya upload picture PROPOSAL PROJEK ELEKTRONIK.Letih juga nak buat satu2 proposal.Kalau setakat copy & paste senang.memang tak berpeluh....Semua proposal nie telah dicreate setelah projek dibuat..agak pelik.haha.selalunya proposal baru projek...Inginkan proposal?sms saya....


Jika ingin melihat senarai proposal mengikut susunan
KLIK di sini

Sunday, August 15, 2010

PROJEK ELEKTRONIK: Modified CD-ROM






Untuk ruangan Tutorial PROJEK ELEKTRONIK kali ini,saya ada menunjukkan bagaimana untuk modfied CD-ROM menjadi sebahagian daripada PROJEK ELEKTRONIK atau PROJEK ELEKTRIK atau PROJEK MEKANIKAL anda.

Dengan adanya benda nie,macam2 anda boleh buat seperti PROJEK TONG SAMPAH,PROJEK SLIDING DOOR, PROJEK TINGKAP ELEKTRINIK dan sebagainya.

Anda Juga boleh letak di topi anda.Bila panas je,lidah topi terkeluar.Bila sejuk,lidah topi tu masuk,so dia nampak macam kopiah.hehe ;).saya main2 je.jangan buat betul2 pulak.malu kat tok imam.
SELAMAT MENCUBA!!

Wednesday, August 11, 2010

Guna HANDSET untuk PROJEK ELEKTRONIK send SMS (HANDSET 3310)




Langkah 1:Solder 2 wayar pada button enter(select) dan butang scroll down
Langkah 2:Jangan Buang Keypad yang lain.Hanya gunakan button select dan scroll down sahaja.
Langkah3:Screw balik cover asal.

STEPnya adalah seperti berikut menu-down-menu-down-down-menu-menu-menu-down-down-down-menu-menu-menu-menu-menu-menu.

Oleh itu,step ini perlu dilakukan oleh microcontroller.

Selamat Mencuba!!

Tuesday, August 10, 2010

Temperature Control System




Hi,Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua muslimin dan musimat.Semoga kita semua mendapat keberkatan dan ibadah yang maximum untuk bulan Ramadhan ini.
Pada Post PROJEK ELEKTRONIK pada kali ini,saya ada post satu PROJEK ELEKTRONIK yang bertitle "TEMPERATURE CONTROL SYSTEM".Fungsi system nie macam nie..Contohnya kita sambung pada kipas.Kita boleh set temperature berapa yang kita nak(contohnya 30 degree celcius).Apabila suhu sekeliling melebihi 30 degree celcius,maka relay akan on dan Kipas akan on secara automatik.Projek ini banyak applikasinya.
Litar yang terlibat adalah LITAR MICROCONTROLLER , LITAR BEKALAN KUASA , LITAR RELAY dan LM35Z sebagai TEMPERATURE SENSOR.
Selamat Berfikir....

ps:Projek ini tidak sesuai dibuat oleh pelajar politeknik di kutub utara atau selatan. ;)Ini kerana di sana takde politeknik. ;)

AMARAN: JANGAN PASANG ALAT INI PADA BADAN IBUBAPA ANDA YANG TENGAH MARAH!! ; )

LCD WIRING dengan PIC 16F877A MICROCONTROLLER



Untuk Segment Tutorial Ini,saya tunjukkan satu video bagaimana kita nak menyambungkan LCD dengan microcontroller PIC16F877A.
Ini kerana kebanyakan PROJEK ELEKTRONIK mempunyai PENYAMBUNGAN PIC 16877A dengan LCD 16x2 sebagai display.
Untuk pengetahuan anda,16x2=32.betul!!!memang betul!!!tapi 16x2 yang saya cerita nie takde pertalian darah lansung dengan sifir2 yang terdapat pada kulit belakang buku latihan sekolah rendah.
LCD 16x2 bermakna LCD boleh muat 16 character untuk 2 baris..
Untuk pengetahuan anda,LCD menggunakan 5V dc sebagai bekalan kuasa.So,bila dah tengok video nie,takyah la anda nak baca lagi DATASHEET LCD 16X2.
Selamat mencuba....TATA (tata adalah lori kegemaran saya ;)

Wednesday, August 4, 2010

Wireless RF control Home Appliances



Hi. Untuk post PROJEK ELEKTRONIK kali ini,saya telah upload satu projek bertajuk Wireless RF control Home Appliances.Projek ini amat "menyerunutkan".PROJEK ELEKTRONIK ini menggunakan LITAR BEKALAN KUASA,LITAR TRANSMITTER,LITAR RECEIVER.

Monday, August 2, 2010

PROJEK ELEKTRONIK:RFID MOTOR STARTER



Hai,untuk post PROJEK ELEKTRONIK kali ini,saya ada menunjukkan Video RFID MOTOR STARTER Projek.Projek ini menggunakan LITAR BEKALAN KUASA,LITAR MICROCONTROLLER dan LITAR RELAY.

Untuk melihat lebih lagi video ini,sila HIGHLIGHT-COPY-PASTE pada URL baru atau HIGHLIGHT-RIGHT CLICK-CLICK OPEN.

http://www.youtube.com/watch?v=AJj8Jgy-ybE

Wireless VB control Home Appliances



Hai,untuk PROJEK ELEKTRONIK pada kali ini,saya telah menyiapkan satu prototype dimana semua perlatan boleh dikawal dengan menggunakan komputer secara wireless.Litar yang terlibat adalah LITAR BEKALAN KUASA,LITAR TRANSMITTER,LITAR RECEIVER,LITAR RS232 to TTL converter dan LITAR TRANSISTOR DRIVE RELAY.

Untuk projek yang lebih panjang boleh copy & paste link DI BAWAH ATAU highlight link DI BAWAH,kemudian "right click" dan "click link"

http://www.youtube.com/watch?v=49HBaLm-Duw

Sunday, August 1, 2010

PROJEK ELEKTRONIK:Home Appliance Wireless Control System using Visual Basic



Hai,Untuk PROJEK ELEKTRONIK pada kali ini,saya post satu system dimana kita dapat mengawal segala peralatan eletrik di dalam rumah dengan menggunakan laptop.PROJEK ELEKTRONIK ini sesuai dijadikan PROJEK ELEKTRONIK DIPLOMA atau PROJEK ELEKTRONIK TAHUN AKHIR.PROJEK ELEKTRONIK ini juga adalah gabungan antara PROJEK ELKEKTRIK DAN PROJEK ELEKTRONIK.
Litar yang terlibat adalah LITAR BEKALAN KUASA,LITAR MICROCONTROLLER,LITAR RS232 TO TTL CONVERTER dan LITAR RELAY..
Saya akan upload full version link di dalam UTUBE.

PROJEK ELEKTRONIK Laptop Security System



Hi,Untuk PROJEK ELEKTRONIK kali ini,saya akan menunjukkan satu video PROJEK ELEKTRONIK laptop security system
Litar yang digunakan untuk Projek ini adalah LITAR BEKALAN KUASA , LITAR TRANSMITTER , LITAR RECEIVER dan LITAR MICROCNTROLLER.
Cara Operasi:
Contohnya pengguna sedang main FACEBOOK dilaptop pada tempat awam seperti Kantin Sekolah REndah Jenis Kebangsaan sambil memakan nasi lemak 80 sen.Bila habis makan,mestilah nak basuh tangan.Jadi,pengguna hanya perlu meletakkan satu alat putih yang bernama VIBRATION SENSOR dan menekan PUSH BUTTON untuk start system.Jadi,pengguna pun pergilah basuh tangan.
Pada masa tu,terdapat seorang pencuri yang sedang ketandusan wang ingin mencuri laptop tersebut.Bila dia angkat je laptop, BUZZER alat nie pun berbunyi.Bila berbunyi,dia pun menyorok,Jadi bila pengguna dgr bunyi dan tengok takde orang,pengguna pun menekan button reset pada remote control yang ada pada pengguna untuk mendiamkan ala tersebut.
Pencuri pun ingat benda tu dah diam,jadi dia pun angkat balik Laptop.Alat tu akan berbunyi sekali lagi.Bila berbunyi,pengguna pun nampak ada pencuri.
Jadi pandai2 lah pengguna nak buat apa lepas tu sama ada (1)Kejar (2)report pada Polis (3)Report pada ibubapa pencuri (4)Anggap pemberian Ikhlas..
Untuk mematikan alat tersebut,pengguna perlu menekan butang OFF pada remote.
Untuk PROJEK ELEKTRONIK ini,LITAR BEKALAN KUASA , LITAR TRANSMITTER , LITAR RECEIVER dan LITAR MICROCNTROLLER terlibat....