Friday, August 16, 2013

Projek automatik sportlight

Post projek pada kali ini adalah mengenai automatic sport light system.

Contoh Situasi : Cik Hannan mempunyai sebuah rumah di sebuah taman perumahan.Cik Hannan adalah seorang peiaga perfume di kawasan perumahannya sehingga semua orang mengenali beliau sehingga orang buta pun boleh menjumpai rumahnya kerana bau perfume yang terlalu kuat dari dalam bilik simpanan perfumenya.Nak dijadikan cerita,terdapat 2 orang peminat perfume yang terkenal ingin merompak rumah nya.Jadi untuk memudahkan cerita,kita letaklah nama perompak ini matnor tora tora dan nora bora bora( bukan nama sebenar).
Apabila matnor tora tora dan nora bora bora memasuki kawasan rumah tersebut,maka system keselamatan ini akan mencari objek luar biasa yang memasuki rumahnya.Bila objek pelik dikesan,maka sportlight akan dinyalakan dan menyuluh mat nor tora tora dan nora bora bora.
Kelebihan system ini adalah :
(1) Lampu tidak sentiasa terbuka dan ini menjimatkan elektrik
(2) Lampu tidak sentiasa terbuka dan ini tidak mengganggu jiran2
(3)Akan mebuat perompak confuse dan keliru seperti
(4) Cik Hanan dapat menjimatkan wang eletriknya dan melabur lebih byk wang untuk membeli stok perfume sehingga mampu memliki kedai yang lebih besar dari kedai Jaafar Rawas.

Lihat video dibawah:


Wednesday, July 24, 2013

RFID lecturer availability system

Projek Elektronik pada kali ini nak menunjukkan tentang keadaan lecturer di dalam bilik.

Contoh suituasi :

Ali seorang pelajar yang tak berapa malas.Beliau telah banyak menggunakan masa terluangnya untuk bermain candy crush dan akhirnya beliau gagal di dalam subjek teori komunikasi.Bila gagal,biasalah makan nya ulang alik bilik lecturer lah kan..
Masalah yg berlaku disini adalah bilik lecturer dahla kat atas,kena naik lift.sampai pulak kat atas,lecturer pulak takda.Ali pun kenalah turun balik.
Jadi dalam keadaan sekarang,ini amatlah merugikan Ali.sekali datang dari rumah sewa atau hostel mengambil masa sejam sekali datang.
5 kali datang dah jatuh 5 jam.Bayangkan berapa banyak level candy crush yang ali rugi sebabnya memanglah sambil menunggu boleh bermain candy crush,tapi power bank ali pulak yang jenis besar lipstik pompuan,baru pakai dah abis.
Jadi untuk menyelesaikan masalah ini,ada 4 cara iaitu
(1) uninstall candy crush
(2) Beli power bank baru
(3) korek block motor supaya lebih cepat sampai
(4) Menggunakan system RFID lecturer availability system. :)

lihat gambar di bawah :

Bila sampai di level bawah,ali hanya perlu tgk kat lcd lecturer ada atau tak.Sebabnya setiap kali lecturer keluar masuk,ia akan sentuhkan card rfid dan pada masa yg sama ia akan memaparkan pada LCD. Maka selepas memasang system ini,ali sentiasa happy dan tanda tandanya adalah beliau terus tukar dan menggunakan ringtone lagu di bawah

"Jangan pikirin abang
Jangan rasain abang
Yang penting happy saya
Nggak ada yang gratis abang"

di telefon bimbitnya :).kikikikikikki





Lihat lah video di bawah ya.



Thursday, July 18, 2013

Stepper Motor Controller

Salam Ramadhan.Pada malam yang gelap dan berangin ini,Saya ingin mengepos sebuah projek elektronik yang bertajuk Stepper Motor Controller.
Apakah dia Stepper motor? Mengikut kamus tebal di kedai kedai buku,"step" bermaksud langkah.
Contoh ayat :
(1) Kita mesti mengambil langkah berjaga jaga bagi membendung masalah durian berulat-ayat ahli    pokok dan ahli perhutanan.
(2)"Langkah demi langkah,kita harung bersama"-ayat bercinta zaman dahulu kala
(3) "Awak tau tak hari ni hari apa?,hariiii nie haari sabtuuuu"-ayat bercinta zaman baru yang tidak menggunakan ayat langkah.

Berdasarkan 3 ayat di atas,saya rasa anda semua sudah faham kan apa maksud stepper motor? kikikikiki.
Makna nya stepper motor ni dia jalan sikit2.jalan berenti,jalan berenti,jalan berenti...macam tu lah.Jadi kita boleh set berapa langkah yang kita nak dia jalan.

Projek Elektronik kali ini saya telah membuat satu controller yang mana anda boleh memasukkan bilangan langkah yang anda nak stepper motor anda jalan menggunakan keypad dan juga anda boleh memilih arah pusingan motor tersebut.Sila lihat video di bawah



Monday, July 8, 2013

RFID supermarket trolley system

Pada post projek Elektronik pada kali ini,kami telah memilih untuk medekatkan diri kami dengan pasaraya.
Macam mana nak start?ok kita start macam ni...Cuba anda bayangkan
*
*
*
*
tutup matalah...nak suruh bayangkan kan...kena la tutup mata..
Anda berada di sebuah pasaraya.Untuk kasi lagi best bayangan tu,kita kasi nama kat pasaraya tu.Ok nama pasaraya yg anda bayangkan nak pergi ni adalah pasaraya Kay-Poh.Anda pun membuka kertas a4 seperti  gambar di bawah


Jadinya.anda pun bukak lah kertas yg mak kasi.Jadi semasa menolak trolley tu,anda dalam keadaan suspen kerana mak kasi 5 ringgit je.Adakah mencukupi?Anda bukan suspen sebab tak cukup,tapi anda suspen takut tak cukup nak beli mamee untuk anda. :)

Jadinya,Untuk menghilangkan kegusaran mamee anda itu,kami telah memikirkan untuk membuat projek ini.
Setiap barang yg anda masuk dalam trolley anda boleh scan dan harga total anda boleh tahu terus.Jadi bolehlah anda budget untuk mamee anda.

Tapi saya rasa berlaku konflict dlm post ni.sebabnya troli besar tapi barang yang mak suruh beli dalam kertas tu ada 4 je....mcm tak berapa nak logik.. :)



Tak apalah.Tengok ajelah video di bawah ya..



Dengan sistem ni,setiap kali swept barang,ia akan tunjukkan nama item,harga dan expired date.




Sunday, July 7, 2013

Kid WheelChair

Post Projek Elektronik ini kali adalah sebuah wheel chair yg digunakan oleh kanak2.

Projek elektronik ini menggunakan PIC16F877A,litar PIC,Litar Relay dan Joystick.

Boleh rujuk video di bawah :


Wednesday, July 3, 2013

Emergency Hospital Traffic Light

Hai semua...SALAM SATU dua tiga testing testing testing one two three.

Pada hari yang berjerebu ini,saya ingin mengepos satu projek elektronik yang amat berkaitan dengan jerebu iaitu hospital.Dan post ini juga berkait rapat dengan hospital iaitu ambulan.Ambulan juga amat berkait rapait dengan traffic light :) Amat confuse? rilekk brader,,,,brader rilek.....
Ok tuan tuan and gentlemen..cer tgk gamba di atas.

untuk video sila click link dibawah


Contoh permasalahan:
Andaikata Baharom Kassim bin Roslan Selamat adalah nama pemandu ambulan tersebut.Saudara Baharom Kassim bin Roslan Selamat sedang membawa seorang wanita yang bernama Zamilah Kasnan binti Murad Lorat  yang sedang kesakitan ke hospital. 
Dalam keadaan gambar di atas,Baharom Kassim bin Roslan Selamat perlu membunyikan hon dan signal serta perlu berhati hati untuk masuk ke simpang hospital.Ini sangat membahayakan Baharom Kassim bin Roslan Selamat dan  Zamilah Kasnan binti Murad Lorat.

Penyelesaian Masalah :
Dengan ada nya system ini dalam pos projek elektronik pada kali ini,maka Baharom Kassim bin Roslan Selamat hanya perlu menekan remote yg tedapat padanya dan dengan secara pantas dan tuntas seperti kata kata iklan kamus elektronik Dato fadzley juara master shef selibrity,maka traffic light D akan bertukar menjadi hijau.




untuk video sila click link dibawah